Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan
maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda ingin mendaftar dan membuat
transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini
mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan
perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan
aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.
Cookies
Cookies yang dihasilkan oleh pelayan web hanya akan digunakan untuk mengumpul maklumat
bagi mengenal pasti layaran anda yang akan datang. Cookies ini tidak akan merekodkan
data secara kekal dan tidak juga disimpan di dalam pemacu keras komputer anda. Ianya
akan dipadam sebaik sahaja anda meninggalkan laman web ini.
Maklumat Log
Apabila anda melayari laman web, pelayan web kami akan merekodkan secara automatik
maklumat yang dihantar oleh pelayar internet anda semasa melawat sesebuah laman
web. Log pelayan ini akan merekodkan maklumat seperti permintaan web anda, alamat
protokol internet, jenis dan bahasa pelayar web, tarikh dan masa bagi permintaan
anda dan cookies yang bisa mengenal pasti pelayar internet anda.
Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data
yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai
untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan
dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali
maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel atau pendaftaran di E-Maklumbalas
yang merupakan bahagian yang dilindungi dalam laman web ini.
Pertanyaan atau Aduan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai dasar privasi atau
laman web ini, anda boleh menghubungi kami melalui seksyen maklum balas yang disediakan
dalam laman web ini.