Di bawah adalah syarat-syarat penggunaan laman web ini serta hak dan kewajipan anda
semasa mengakses dan/atau menggunakan perkhidmatan di laman web ini.
Sekiranya anda mengakses laman web ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa
anda terikat kepada syarat-syarat ini dan dengan ini, terbentuklah satu persetujuan
di antara anda sebagai pelanggan, dan kami, Kerajaan Malaysia bagi akses dan/atau
penggunaan laman web ini.
Syarat-syarat ini akan menggantikan syarat-syarat terdahulu yang anda terima atau
akses menerusi laman web ini. Penggunaan dan/atau akses anda kepada perkhidmatan
ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan syarat-syarat ini.
Had Tanggungjawab
Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab
ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan
atau khusus, turutan atau exemplary, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian
berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain
akibat daripada:
(1) penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini;
(2) kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian berikutan pembelian sebarang
barangan, data, maklumat atau perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi
yang dibuat menerusi atau daripada laman web ini;
(3) akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda;
(4) kenyataan atau tindakan pihak ketiga di laman web ini; atau
(5) perkara-perkara lain yang berkaitan dengan laman web ini.
Pautan
Kerajaan Malaysia boleh menyediakan pautan kepada laman web yang lain. Laman-laman
web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh itu, Kerajaan
Malaysia tidak mempunyai kawalan ke atas laman dan sumber tersebut. Anda mengakui
dan bersetuju bahawa Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap laman dan
sumber luar tersebut dan tidak menyokong serta tidak bertanggungjawab ke atas sebarang
kandungan, iklan, produk atau bahan-bahan lain yang disediakan di laman dan sumber
tersebut. Anda seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa Kerajaan Malaysia tidak
bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, terhadap sebarang kerosakan
atau kerugian yang disebabkan oleh atau dipercayai sebagai sebabnya atau dikaitkan
dengan penggunaan atau pergantungan ke atas kandungan, barangan atau perkhidmatan
yang disediakan di atau menerusi laman atau sumber tersebut.
Penamatan
Kerajaan Malaysia boleh menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan
atau seluruh perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila
masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, dan berkuatkuasa
serta-merta. Kerajaan Malaysia boleh juga menamatkan atau menggantung akaun anda
yang tidak aktif, iaitu, didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan
laman web menerusi akaun tersebut bagi suatu tempoh tertentu. Anda bersetuju bahawa
Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga
di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut.
Perubahan kepada Syarat-syarat Perkhidmatan
Kerajaan Malaysia mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan
atau penambahan kepada syarat-syarat ini pada bila-bila masa dengan memberi notis
terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kecemasan atau demi menjaga keselamatan
laman web atau dalam keadaan di luar kawalan, di mana Kerajaan Malaysia mendapati
perlunya untuk mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah syarat-syarat ini,
ia akan berbuat demikian tanpa notis terdahulu kepada anda. Adalah dipersetujui
bahawa anda akan mengakses dan meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke semasa
untuk mengetahui sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan
yang terkini. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan
dan penggunaan syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa)
akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian,
pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini.
Pengubahsuaian kepada Perkhidmatan
Kerajaan Malaysia mempunyai hak untuk mengubahsuai atau menamatkan perkhidmatan
(atau sebahagian daripada perkhidmatan) sama ada secara sementara atau tetap pada
bila-bila masa dengan notis atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa Kerajaan Malaysia
tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang
pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatannya.
Umum
Sekiranya mana-mana peruntukan syarat-syarat ini menyalahi undang-undang atau tidak
sah di sisi undang-undang atau peraturan-peraturan sekarang atau yang akan datang,
peruntukan tersebut akan diasingkan dan syarat-syarat ini akan ditafsirkan seolah-olah
peruntukan yang tidak sah itu tidak wujud dan syarat-syarat ini bersama-sama peruntukan
lain akan berkuatkuasa sepenuhnya tanpa dijejaskan oleh peruntukan yang menyalahi
undang-undang atau yang tidak sah.