Imbasan

Program Transformasi Kerajaan (GTP) telah berjaya dilaksanakan dengan baik dan sasaran yang ditetapkan telah tercapai sepanjang 2 tahun yang lalu. Setelah GTP mengakhiri fasa pertamanya pada hujung tahun ini, keputusan telah dibuat untuk meneruskan program ini dan membangunkan inisiatif-inisiatif dan sasaran baru bagi 3 tahun yang akan datang (2013-2015).

Makmal GTP 2.0 yang merangkumi 7 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) telah dilaksanakan pada 23 April - 31 Mei 2012 yang lalu untuk merangka strategi baru, program dan inisiatif-inisiatif untuk menangani perkara utama yang menjadi kebimbangan rakyat pada masa yang sama menyokong transformasi Malaysia untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi.

Semua hasil makmal akan dikongsi di sini untuk mendapat maklumbalas and pandangan orang ramai mengenai program ini. Maklum balas anda sangat berharga dalam membantu membentuk perjalanan negara..

Mengurangkan Jenayah Anti-Rasuah Pendidikan
Isirumah Berpendapatan Rendah Pembangunan Luar Bandar Pengangkutan Awam Bandar
Kenaikan Kos Sara Hidup
Lihat Portal Kami Yang Menyentuh Kehidupan Penduduk Malaysia
Layari Laporan Tahunan GTP 2011
Hubungi Kami
Tonton Video Kami Di YouTube
Ikuti Kami
    Tiada perbualan
Hantar apa yang anda fikir tentang GTP.
Hak Cipta 2011 Unit Pengurusan Prestasi & Pelaksanaan (PEMANDU)