What Are NKRAs?

Meningkatkan Pencapaian Pelajar GTP 1.0

Tiga tahun pertama GTP telah melihatkan hasil yang luar biasa daripada inisiatif-inisiatif NKRA EDU, yang memfokuskan pada menangani struktur sistem pendidikan Malaysia daripada pendidikan awal ke sekolah menengah. Sebahagian daripada inisiatif perdana, seperti Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS), dan juga membuahkan hasil yang positif dalam tiga tahun pertama, dan juga akan ditingkatkan dan diteruskan dalam GTP 2.0.

 

  • Meningkatkan kadar enrolmen pra-sekolah

    Meningkatkan kadar enrolmen pra-sekolah

    • Pra-sekolah dan pendidikan awal kanak-kanak meningkatkan perkembangan kognitif yang memberi kesan baik kepada pencapaian pembelajaran kanak-kanak sepanjang kehidupannya. Akses kepada pra-sekolah juga amat penting dalam memastikan permulaan yang sama bagi semua kanak-kanak tanpa mengira latar belakang sosio-ekonomi.

    • Bagi mengalakkan peningkatan kadar enrolmen, NKRA Pendidikan telah melaksanakan beberapa aktiviti termasuk memberi bantuan yuran tuisyen percuma, menambahkan jumlah kelas pra-sekolah menerusi kerjasama antara Kementerian Pelajaran, agensi-agensi kerajaan seperti KEMAS, JPNIN, SeDIDIK dan sektor swasta.

    • Dalam GTP 1.0, NKRA Pendidikan telah menetapkan matlamat untuk mempertingkatkan kadar enrolmen prasekolah bagi kanak-kanak berusia 4+ dan 5+ tahun kepada 80% pada tahun 2011. Kadar sebenar yang dicapai pada tahun 2011 ialah 77%, kurang sedikit daripada sasaran 80% tersebut. Kini, sasaran berkenaan telah dinaikkan kepada 87% bagi tahun 2012.

  • Memastikan kemahiran asas literasi dan numerasi

    Memastikan kemahiran asas literasi dan numerasi

    • Pelaksanaan program LINUS, yang telah ditetapkan untuk membuat saringan tahap kemahiran literasi dan numerasi semasa para pelajar sepanjang tiga tahun pertama sekolah rendah, telah melihatkan hasil yang ketara. Selain daripada proses saringan, program LINUS juga menyediakan program pemulihan bagi membantu pelajar yang dikenalpasti tidak mencapai tahap yang ditetapkan.

    • Sasaran telah ditetapkan pada peringkat awal program adalah untuk memastikan 95% kanak-kanak sekolah dalam tahun 2 akan mencapai penanda aras asas literasi dan numerasi menjelang 2011, tetapi keputusan sebenar melepasi sasaran. Pada tahun 2011, 97.5% daripada pelajar tahun 2 yang disaring mempunyai kemahiran asas literasi, sementara 98.6% mempunyai kemahiran asas numerasi.

    • Sasaran bagi tahun 2012 adalah bagi memastikan semua (100%) pelajar Tahun 3 yang disaring di bawah LINUS akan memenuhi kemahiran asas literasi dan numerasi.

  • Mengenalpasti dan memberikan ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi

    Mengenalpasti dan memberikan ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi

    • Matlamat inisiatif ini adalah untuk menggalakkan dan meningkatkan motivasi warga pendidik dengan mengenalpasti sekolah berprestasi tinggi dalam Negara menerusi sistem penarafan ketat yang menilai pencapaian akademik sekolah dan pencapaian bukan akademik, kekuatan sokongan alumni dan kejayaan dalam pertandingan antarabangsa serta kekuatan jalinan dengan entiti luar.

    • Sekolah berprestasi tinggi yang telah dikenalpasti akan diberi ganjaran berupa geran RM70,000 sebagai insentif untuk mengekalkan prestasi mereka dan menggalakkan sekolah lain untuk meningkatkan prestasi masing-masing.

    • Matlamat asal inisiatif ini adalah mengiktiraf dan memberikan gajaran kepada 50 buah sekolah berprestasi tinggi menjelang akhir tahun 2011, tetapi jumlah sebenar sekolah yang dikenal pasti ialah 52 buah yang menjangkaui sasaran. Matlamat kini adalah untuk menambah jumlah sekolah berprestasi tinggi kepada 100 buah menjelang tahun 2012.

  • Memperkenal tawaran baru kepada Guru Besar dan Pengetua

    Memperkenal tawaran baru kepada Guru Besar dan Pengetua

    • Inisiatif Tawaran Baru disasarkan kepada pemimpin sekolah yang menjadi pemacu utama dalam perubahan sistem persekolahan. Kelayakan untuk Tawaran Baru ditentukan oleh satu himpunan syarat yang ketat yang menilai prestasi sekolah berkenaan secara menyeluruh dan juga pencapaian individu pemimpin sekolah tersebut.

    • Matlamat yang ditetapkan pada tahun 2011 adalah untuk menawarkan Tawaran Baru kepada 3% guru besar sekolah rendah dan 2% kepada pengetua sekolah menengah. Pencapai sebenar ialah 5.2% dan 4.2%.

    • Sasaran kini adalah untuk menjangkau 4% tawaran kepada guru besar sekolah rendah dan 3% tawaran kepada pengetua sekolah menengah pada tahun 2012.

  • Merapatkan jurang kualiti sekolah

    Merapatkan jurang kualiti sekolah

    • Sekolah berpencapaian rendah memerlukan sokongan yang baik dan akauntibiliti yang lebih mantap untuk meningkatkan pencapaian serta penyediaan pendidikan kepada pelajar, dan juga merapatkan jurang dengan sekolah berprestasi tinggi bagi mengurangkan perbezaan dalam pencapaian pelajar.

    • Bagi membantu mempertingkatkan sekolah yang lemah dalam Negara ini, NKRA Pendidikan memperkenalkan Program Pembangunan Prestasi Sekolah (SIP) yang akan menganalisis dan memberi sokongan kepada sekolah yang berada dalam Band 6 dan 7.

    • Pada tahun 2011, inisiatif ini menyasarkan 20% pengurangan sekolah dalam Band 6 dan 7 serta 8% kenaikan sekolah dalam Band 1 dan 2, tetapi program ini telah mencapai sasaran yang sangat baik dengan pengurangan sebanyak 40.25% sekolah dalam Band 6 dan 7 serta peningkatan sebanyak 21.86% sekolah dalam Band 1 dan 2.

    • Matlamat bagi tahun 2012 adalah untuk terus mengurangkan jumlah sekolah berprestasi rendah sebanyak 20% dan meningkatkan jumlah sekolah berprestasi tinggi sebanyak 8%.


NKRA Meningkatkan Pencapaian Pelajar adalah di bawah pengawasan Kementerian Pelajaran

Lihat Portal Kami Yang Menyentuh Kehidupan Penduduk Malaysia
Layari Laporan Tahunan GTP 2011
Hubungi Kami
Tonton Video Kami Di YouTube
Ikuti Kami
    Tiada perbualan
Hantar apa yang anda fikir tentang GTP.
Hak Cipta 2011 Unit Pengurusan Prestasi & Pelaksanaan (PEMANDU)