Penerima BR1M bersyukur bantuan ringankan beban kewangan

Utusan Malaysia

KUCHING, 5 FEBRUARI 2013 - Seramai 10,879 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan dan Pending muncul kumpulan pertama menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 di bahagian ini, semalam.

Pengagihan baucar BR1M 2.0 itu berlangsung dengan lancar di Stadium Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Beberapa penerima yang ditemui Utusan Malaysia menyifatkan bantuan berkenaan sedikit sebanyak meringankan beban kewangan mereka dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.

Seorang penerima, Mohammad Musa Mat, 55, berkata dia berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang prihatin dengan keperluan rakyat.

"Dengan bantuan BR1M 2.0, ini dapat membantu saya untuk menampung perbelanjaan persekolahan anak-anak."

"Walaupun sekadar RM500, ia amat bermakna untuk saya sekeluarga," katanya.

Bagi Ra'amah Modon, 46, bantuan itu dapat menampung perbelanjaan dapur mereka sekeluarga.

Katanya, wang yang diterima juga akan diasingkan untuk tujuan perbelanjaan pendidikan anak-anak kerana itu yang lebih penting.

"Ini kali kedua saya menerima BR1M, terima kasih kepada Perdana Menteri di atas bantuan yang diberikan."

"Terbukti slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan ditepati," katanya.

Seorang lagi penerima Kujut Seraus, 33, berkata, bantuan tersebut cukup bermakna kerana hanya dia seorang yang menyara keluarga.

"Isteri saya seorang suri rumah dan mempunyai seorang, anak jadi perbelanjaan kami sekeluarga agak terhad."

"Syukur, dengan bantuan ini saya dapat membeli apa-apa yang kurang untuk anak dan isteri saya di rumah."

"Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri yang banyak membantu rakyat." katanya.

Lihat Portal Kami Yang Menyentuh Kehidupan Penduduk Malaysia
Layari Laporan Tahunan GTP 2013
Hubungi Kami
Tonton Video Kami Di YouTube
Ikuti Kami
    Tiada perbualan
Hantar apa yang anda fikir tentang GTP.
Hak Cipta 2011 Unit Pengurusan Prestasi & Pelaksanaan (PEMANDU)