What Are NKRAs?

Gambaran Keseluruhan NKRA Mengurangkan Jenayah

Pencapaian NKRA 2013
  • Mengurangkan keseluruhan Jenayah Indeks yang dilaporkan sebanyak 4.3% (berbanding sasaran sebanyak 5%)
  • Mengurangkan jumlah kejadian pecah rumah yang dilaporkan sebanyak 6.5% (berbanding sasaran sebanyak 5%)
  • Melengkapkan pembangunan Indeks Persepsi Keselamatan baru yang akan menyediakan gambaran yang lebih menyeluruh kepada orang ramai mengenai keselamatan di Malaysia.
  • Meningkatkan bilangan kertas siasatan yang dibawah ke muka pengadilan sebanyak 38.2% (berbanding sasaran sebanyak 3%)
  • Meningkatkan kepuasan orang ramai terhadap prestasi polis barisan hadadapa kepada 85.7%(berbanding sasaran sebanyak 70%)

Pelaksanaan NKRA Mengurangkan Jenayah (NKRA CRI) adalah keputusan mudah yang dibuat oleh Kerajaan selepas kajian menunjukkan bahawa jenayah adalah bidang kedua terbesar yang menjadi kebimbangan rakyat selepas ekonomi.

Dengan ketidakpuasan orang awam terhadap isu keselamatan yang meliputi statistik jenayah terhadap perkhidmatan polis, NKRA telah ditugaskan untuk mengendalikan pembaikpulihan sistem tersebut.

Oleh itu, GTP 1.0 menetapkan beberapa inisiatif untuk menterbalikkan trend dalam jenayah dan meningkatkan kepuasan orang awam terhadap perkhidmatan polis yang membawa hasil laporan yang memberangsangkan. Beberapa program dibentuk, seperti Omnipresence dan Pecegahan Jenayah Melalui Reka Bentuk Persekitaran (CPTED) telah diperkenalkan untuk menyelesaikan masalah dari pelbagai sudut.

Walaupun GTP 1.0 telah berjaya, jenayah terus menjadi kebimbangan rakyat Malaysia yang menuntut keselamatan lebih baik selepas kejadian jenayah secara tiba-tiba dalam Negara sejak akhir-akhir ini. GTP 2.0 meneruskan inisiatif GTP 1.0 dalam nada ini dan melihat untuk membawa lebih banyak perubahan besar dalam sistem kepolisan Negara untuk membentuk sebuah sistem ‘berasaskan risikan kepolisan’.

Lihat Portal Kami Yang Menyentuh Kehidupan Penduduk Malaysia
Layari Laporan Tahunan GTP 2011
Hubungi Kami
Tonton Video Kami Di YouTube
Ikuti Kami
    Tiada perbualan
Hantar apa yang anda fikir tentang GTP.
Hak Cipta 2011 Unit Pengurusan Prestasi & Pelaksanaan (PEMANDU)