What Are NKRAs?

GTP 2.0: Meningkatkan Perubahan

Kejayaan GTP 1.0 telah menunjukkan bahawa fokus dalam usaha mempertingkatkan pencapaian pelajar boleh berjaya dan ini menggalakkan NKRA Pendidikan untuk meluaskan skopnya dalam fasa kedua GTP.

GTP 2.0 akan melihat NKRA Pendidikan meluaskan kejayaan inisiatif daripada GTP 1.0 untuk menumpukan kepada sasaran yang lebih luas di samping mengekalkan keputusan yang baik daripada tiga tahun yang lepas.

GTP 2.0 akan menyaksikan NKRA Pendidikan fokus ke atas tiga tunggak dalam meningkatkan akses, memperkukuhkan kualiti dan meningkatkan ekuiti yang pada masa yang sama tiga sokongan prinsip di sebalik Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negara.

 

  • Meningkatkan pra-sekolah dan pendidikan awal kanak-kanak

    Meningkatkan pra-sekolah dan pendidikan awal kanak-kanak

    • GTP 2.0 akan menyaksikan penambahbaikan dalam peningkatan pra-sekolah. Sementara GTP 1.0 memfokuskan ke atas enrolmen, manakala GTP 2.0 pula akan melihat kepada peningkatan kualiti pra-sekolah dengan memperkenalkan standard minimum.

    • Secara khususnya, inisiatif akan melihat:

      • Peningkatkan bilangan kelas yang dikendalikan oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta
      • Mengkaji dan menyemak syarat-syarat kelayakan untuk bantuan yuran dan geran permulaan prasekolah
      • Memurnikan kelayakan guru-guru prasekolah
      • Memperluas bantuan yuran dan geran permulaan untuk pusat penjagaan kanak-kanak
      • Mewujudkan Majlis Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECCE) Kebangsaan dan standard professional untuk guru.
    • Inisiatif-inisiatif ini akan dilaksanakan dengan segera, dengan sasaran untuk mencapai 92% dan 10% enrolmen dalam prasekolah dan pusat penjagaan kanak pada tahun 2015.

  • Memperkenalkan LINUS 2.0

    Memperkenalkan LINUS 2.0

    • Kejayaan program LINUS dalam GTP 1.0 menunjukkan betapa besarnya impak yang diberikan dalam pendidikan awal literasi dan numerasi dalam memastikan semua kanak-kanak sekolah mempunyai kemahiran asas Bahasa Malaysia dan Matematik.

    • Bagi meneruskan kejayaan Program LINUS, GTP 2.0 akan menyaksikan program tersebut diperluaskan bagi memastikan kanak-kanak sekolah juga mencapai standard asas literasi bahasa Inggeris.

    • Proses saringan dalam LINUS juga akan diperluaskan untuk meletakkan sebuah taksiran yang lebih komprehensif terhadap semua pelajar darjah satu dan tiga. Dalam GTP 1.0, hanya pelajar yang ketinggalan diletakkan di bawah program LINUS dan dipantau. LINUS 2.0 akan dipertingkatkan dengan menyaring semua pelajar dua kali setahun sepanjang tiga tahun.

    • Saringan literasi bahasa Inggeris dalam LINUS 2.0 akan dilaksanakan dalam dua fasa. Dalam fasa pertama, ujian saringan asas akan dijalankan untuk menilai tahap literasi bahasa Inggeris sedia ada bagi kanak-kanak Tahun Satu hingga Tiga. Fasa kedua pula akan menentukan sasaran dan KPI untuk komponen bahasa Inggeris dalam LINUS 2.0 setelah ujian asas tersebut selesai dijalankan.

  • Meningkatkan program Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

    Meningkatkan program Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

    • Inisiatif ini adalah daripada GTP 1.0 yang akan diteruskan dalam GTP 2.0, tetapi akan memfokuskan pengekalan standard kualiti yang tinggi untuk semua SBT. Dengan kata lain, ini bermakna memastikan semua sekolah berprestasi tinggi (SBT) tidak mengalami kemerosotan dalam pencapaiannya, selain memastikan SBT memanfaatkan autonomi tambahan yang dimiliki mereka sepenuhnya untuk terus menginovasi dan meningkatkan standard masing-masing.

    • Dalam GTP 2.0, sasaran akan diteruskan untuk mencapai sekurang-kurangnya 100 buah SBT, dan memastikan mereka mengekalkan standard kualiti yang tinggi.

  • Pelaksanaan Program Transformasi Daerah

    Pelaksanaan Program Transformasi Daerah

    • Kejayaan Program Pembangunan Sekolah (SIP) dalam GTP 1.0 menunjukkan betapa pentingnya untuk menyasarkan sekolah yang lemah dan membantu mempertingkatkan sekolah tersebut melalui usaha yang terancang. Inisiatif ini akan diteruskan dalam GTP 2.0, dan diperluaskan lagi di bawah rubrik Program Transformasi Daerah.

    • Program ini akan menyaksikan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) ditransformasikan sepenuhnya secara menyeluruh dengan memberikan kapasiti dan kuasa yang lebih kepada mereka untuk membantu sekolah di bawah bidang kuasa mereka.

    • Untuk melaksanakannya, NKRA Pendidikan akan membantu mewujudkan asas yang akan memperkukuh PPD dengan memberi latihan dan sumber serta platform untuk berkongsi amalan terbaik. Ini seterusnya menanamkan budaya berasaskan prestasi dalam PPD, yang kemudiannya dapat diterapkan kepada sekolah-sekolah di bawah bidang kuasa mereka.

  • Mengembangkan pakej kerjaya pengetua

    Mengembangkan pakej kerjaya pengetua

    • Inisiatif Tawaran Baharu dalam GTP 1.0 yang memberikan ganjaran kepada pengetua atau guru besar berprestasi tinggi terbukti bahawa ianya merupakan sebuah mekanisme yang berkesan dalam memotivasikan dan memberikan insentif kepada pemimpin sekolah dan akan diteruskan dalam GTP 2.0.

    • NKRA Pendidikan akan terus menyokong pembangunan pengetua dengan memperkenalkan dua inisiatif baru yang menyasarkan untuk meningkatkan pengenalan dan pelantikan pengetua dan memberi insentif yang lebih baik kepada pengetua berprestasi tinggi.

    • Inisiatif tersebut adalah:

      • Mempertingkatkan pelan penggantian dan program Laluan Pantas bagi Pengetua/ Guru Besar: Matlamat inisiatif ini adalah untuk meningkatkan kecekapan proses penggantian pengetua dengan mewujudkan proses yang lebih jelas untuk mengenal pasti calon pelapis pengetua berdasarkan prestasi. Tambahan lagi, bilangan pengetua yang bakal bersara yang ramai pada masa terdekat ini (4,000 lebih bagi lima tahun akan datang) merupakan satu peluang untuk melantik pengetua yang lebih berkelayakan untuk meningkatkan standard pengambilan pengetua.

      • Pelaksanaan pakej baru kerjaya Pengetua/ Guru Besar: Pakej Baru Kerjaya Pengetua/ Guru Besar akan mewujudkan satu kriteria minimum dan rangka kerja yang kompetensi bagi memastikan kualiti pengetua semasa proses pemilihan kerjaya bagi calon-calon yang berminat. Pengwujudan objektif metric akan membantu Kementerian menilai dan mengenalpasti calon-calon yang berkelayakan, dan juga membantu pengetua menentukan tahap prestasi mereka sendiri. Pada masa ini, kemajuan kerjaya adalah berdasarkan tempoh berbanding prestasi, tetapi matlamat GTP 2.0 adalah untuk mengubah situasi ini dengan mengutamakan prestasi dan kompetensi.
  • Memperkenalkan pakej baru kerjaya guru

    Memperkenalkan pakej baru kerjaya guru

    • Kualiti pengajaran merupakan penentu penting bagi pencapaian pelajar, dengan kebanyakan data menunjukkan bahawa prestasi seorang pelajar boleh menjadi terhambat oleh guru berprestasi rendah atau dipertingkatkan oleh guru berprestasi tinggi. Satu inisiatif teras NKRA Pendidikan adalah untuk memperlengkap dan memberikan ganjaran yang lebih baik kepada guru-guru bagi mempertingkatkan pencapaian pelajar, dan pakej kerjaya baru telah diperkenalkan dalam GTP 2.0 untuk mencapai matlamat ini.

    • Inisiatif ini menyasarkan untuk merangsang peluang kerjaya bagi semua 410,000 guru di seluruh Negara, dan akan memperkenalkan satu instrumen penilaian yang berteraskan kompetensi pengajaran dan pembelajaran. Pada masa yang sama, inisiatif ini juga melihat kepada:

      • Mengurangkan jangka masa – dari 25 tahun – yang diperlukan oleh guru berprestasi tinggi untuk mencapai kemajuan daripada seorang guru baru hingga menjadi seorang guru pakar
      • Pelaksanaan program pembangunan professional berterusan yang komprehensif
      • Menyediakan program pembangunan intensif dan sokongan transisi berterusan bagi guru yang masih lagi tidak mencapai prestasi memuaskan secara konsisten, yang akan ditempatkan semula tugasan mengajar di kelas kepada tugasan lain.
  • Meningkatkan kualiti Guru Bahasa Inggeris

    Meningkatkan kualiti Guru Bahasa Inggeris

    • Matlamat program ini adalah untuk memastikan guru Bahasa Inggeris yang mencukupi di Negara ini dalam usaha meningkatkan penguasaan pelajar dalam bahasa tersebut. Matlamat jangka panjang program ini adalah untuk meletakkan seorang guru Bahasa Inggeris yang mahir dalam setiap kelas melalui proses mengenal pasti dan melatih guru tidak mahir.

    • Satu program perintis telah dilancarkan pada tahun 2012 untuk meningkatkan tahap kemahiran guru bahasa Inggeris dengan pantas, bermula dengan ujian tahap profisiensi pada Mei 2012 untuk 7,000 guru bahasa Inggeris di empat buah negeri. Program ini akan dilancarkan untuk semua guru bahasa Inggeris di seluruh Negara.

    • Sementara itu, semua 52,000 guru bahasa Inggeris di Negara ini telah disaring pada Julai 2012. Satu program pemulihan telah diadakan, yang akan menjalankan satu program perintis bagi melatih semula 5,000 guru bukan mahir. Progam tersebut dijangka tamat pada bulan Disember 2013 yang bertujuan untuk melatih semula semua guru bukan mahir menjelang akhir tahun GTP 2.0.

Lihat Portal Kami Yang Menyentuh Kehidupan Penduduk Malaysia
Layari Laporan Tahunan GTP 2013
Hubungi Kami
Tonton Video Kami Di YouTube
Ikuti Kami
    Tiada perbualan
Hantar apa yang anda fikir tentang GTP.
Hak Cipta 2011 Unit Pengurusan Prestasi & Pelaksanaan (PEMANDU)